Monday 28 February 2011

8TV Blogger Boy

Puas juga aku memikir apa aku nak tulis sebagai post aku yang pertama dalam blog yang bakal jadi kesayangan ramai ni.. pikir punyer pikir terlintaslah iklan Blogger Boy kat dalam TV depan aku ni...
So aku nak ceritalah sikit pasal Blogger Boy ni...

Blogger Boy ialah sebuah siri drama terbitan Red Communications untuk saluran 8TV yang mengisahkan seorang guru tuisyen yang menyamar identitinya sebagai seorang pelukis komik yang melukis kehidupannya dalam blognya. Siri drama rekaan Lina Tan, Bernard Chauly dan Rafidah Abdullah yang terkenal kerana mengusahakan filem dan siri TV Gol & Gincu, dibintangi oleh Qushairi Razali (Qi), Nas T Muammar Zar dan Julie Woon, dan menampilkan lukisan-lukisan bergaya manga yang hasil Nikki Liaw.










Blogger Boy menjejaki haru-biru kehidupan Budi (Qi), seorang guru tuisyen untuk murid-murid tingkatan lima yang bertelatah nakal, yang jugas menyimpan identiti rahsia di Internet melalui blog komik. Kehidupan Budi semakin memedihkan apabila terlepas teman wanitanya Zehan ke tangan jejaka lain, tambahan pula kemunculan semula teman cintanya swaktu remaja iaitu Nina (Julie Woon), dirumitkan lagi dengan teman serumahnya Kid (Nas-T) yang memberi nasihat kepada Budi agar boleh bermesra dengan Nina, sambil cuba merebut hati Nina sendiri.
Akibat nasibnya yang tidak menentu, Budi mengakui satu-satunya teman yng boleh diharap ialah blognya dan para pembacanya. Semakin berkembang cerita komiknya, maka semakin popular blognya tetapi semakin sukar untuk Budi menyorokkan identiti sebenar dan rahsia-rahsia di kalbunya.
Budi ialah seorang pelukis berbakat yang kuat dipengaruhi gaya komik Jepun dan Korea (manga/manhwa) yang menjadi kegemarannya semenjak berusia remaja dulu. Oleh itu cara dia melukis watak-wataknya kelihatan tak tentu jantinanya. Demi melindungi identitinya semata-mata tanpa mengambil kisah bagaimana orang ramai memandang watak-wataknya, Budi memberi nama samaran B, K and N kepada watak-watak tersebut untuk mewakili diri dan kawan-kawannya. Tak disangka-sangka, karya komiknya menjadi perbualan hangat sampai para pembacanya cuba meneka jantina watak-watak tersebut.

Qushairi Mohammed Razali

Nas-T

Cheryl Samad

Julie Woon